Thursday, November 5, 2009

.::Kucing disahkan dijangkiti selesema babi::.


WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam.

Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.

Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun.

Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini.

Saturday, October 24, 2009

.:: Last pebentangan di UPSI::.

Hari ni dalam sejarah 24 OKTOBER 2009 tepat jam 13.20 petang, aku membentangkan dapatan kajian aku untuk mendapatkan kelulusan bagi meneruskan bab 5. Mungkin itu satu berita yang mengembirakan aku..namun sebenarnya itulah pebentangan aku yang terakhir di UPSI..aku bakal meninggalkan upsi tidak lama lagi.Tanpa aku sedar 3 tahun setengah aku meniti usia-usia remaja aku disini sehingga aku menjadi seorang yang dewas. Sekejap sahaja masa berlalu sedangkan aku merasakan baru semalam aku melangkah kaki sebagai seorang siswi di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Terasa kecilnya dunia,singkatnya masa bila aku sedar aku tidak lagi bersama UPSI. Segelintir masyarakat mungkin memandang apalah yang ada pada seorang siswazah UPSI. Tiada kualiti,tiada kuantiti..namun bagi aku..siswa,siswi UPSI adalah yang terbaik di mata dunia. Walau pelbagai pandangan negatif dilemparkan kepada UPSI, tapi inilah tempat aku menimba ilmu,tempat aku mencari pengalaman hidup, tempat aku belajar erti persahabatan,erti permusuhan dan yang paling penting tempat aku mengenali siapa aku sebenarnya.. UPSI, walaupun aku bakal meninggalkanmu,ketahuilah memori indah ku bersamamu tetap diingatan..Aku bangga menjadi anak kandung suluh budiman..aku bangga........

.::Nyum..nyum..nyum ::. <3<3

Kek terbaru..aku tak tergamak nak makan..huhuu
moist-chocolate -cake
tiramisu

Chocolate -chip -walnut

chocolate fudge


chocolate indulgence

~kering idea untuk menulis entry nie..tpi nak tulis gak..kek nie keluaran secret resepi.aku memang suka gila kek dia yang bes2..yang paling aku suka ialah chocolate indulgence..oklah..malas nak tulis..bye~

Sunday, October 18, 2009

.:: Balik Awal... 18 SX::.


Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;


Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!


Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati... Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!


Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

.::bayar hutang lira elira::.

Actly..aku nak bayar hutang yang tertangguh sebulan yg lepas..of courselah aku nak bayar hutang kat Lira Elira..kan kat title kat atas dah tulis bayar hutang Lira Elira..xreti baca ek..





Nama penuh
: Fatin Hanim Binti Rosdi
Tarikh lahir :16 Ogos 1986
Tempat lahir :
Setiu, Terengganu

Tempat anda dibesarkan :
Besut Terengganu


1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
  • Wan Elira Wan Rosli (Lira Elira, kwn yang hari2 main nga aku ..bila terpaksa pindah terpisah nga dia..ishkk,sedihnye..tpi last2 bersama kembali..hehhe..antara temanku yg paling comeldan bermkna)

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
  • Main Getah n Dek'cok..smpai drjh 6 kot main game nih.dok tahu bakpo..hok nie jah budak2 nie ajak aku main..hari2 bawok getoh gie sekolah..bila sheirman pegang getah,semua dak mboh main..tinggi doh.dok sape nok lompat..hehhehe.

3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
  • aku doh ingat doh kato gapo..tapi raso2.,adoi,susah soalan ini ...esoklah jawab


4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
  • hari-hari pas balik tadika gie rumah mimie.lalu depan rumah tapi sampai umah mimie dlu..hahhaha

5.Apakah cita cita anda masa kecil?
  • Saintis nga polis trafik..
6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
  • First cerita A.L.O.N.G (yg ada siti sifir tu),pahtu kalo dlu hari2 tengok cerita rambo..

7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?

  • dok ingat tapi selalu kalo balik sekolah sokmo beli gula2 hok lilit di batang hok jual depan rumah abror..hahhhaa

8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..

  • Fatimah ..member aku masa kat dungun dlu..

9.Apakah gelaran anda masa kecik?

  • xdok gelaran..sebab comel doh.org panggil Fatin je
10.nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya.
  • Sape2lah yang baca..tpi rase2 nak tahu pasal Ed,Cik Awa,Kak Dayah pahtu Wanie,pahtu ikut r sape..

Saturday, October 17, 2009

.::Sahabat kah Aku???::.

Adakah kita seorang sahabat???

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Tampar pipi! Tampar pipi! Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat?
Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar.

Kredit 4: http://putraim.wordpress.com


.::Ia berakhir jua..Give Up..::.


Akhirnya..ia terhenti juga sebelum sempat aku merasainya.Aku akui kekalahan dan kebodohan aku yang mengejar sesuatu yang tidak pasti. Aku give up.. Kekecewaan yang tidak dapat aku tafsirkan dengan kata-kata..dengan perasaan, dengan hati..aku terima suratan ini andai itulah takdir aku..Mungkin itulah kebodohan dan kesilapan besar dalam hidup aku..memberi sesuatu yang amat berharga dalam prinsip hidup aku tanpa menyedari aku mengulangi lagi kesilapan yang lalu. Aku tidak ingin lagi mengulangi dan menoleh kebelakangan.Cukuplah ia melukakan dan menguris hati aku.Memang betul silap aku..Maafkan aku Cinta Damia Aqwim..kerana aku telah melukakan hatimu tanpa aku sedari. Akulah manusia paling bodoh.. Aku akui hakikat ini... Aku terima semua kesalahan aku.. Aku relakan ia berakhir disini... Aku give up..........

Monday, October 12, 2009

.::kesibukan aku mengatasi kerinduan aku kepadanya::.


aku rindu nak coret kata-kata di blog ino..nak edit blog nie..nak wat itu..wat ini..tpi kesibukan selepas hari raya membataskan aku untuk melakukan segala-galanya..insyallah..bila tiba masanya,pasti aku akan lakukan jua..sejujurnyanya,kebelakangan ini banyak masalah yang berlaku dan menimpakan aku..namun aku sedar,semua itu menguji aku..insyallah,akan ku tunaikan impian ku untuk mencoretkan sesuatu

Monday, September 14, 2009

.::Untuk Semua ::.

Selamat Hari Raya Untuk Yang Mengenali Aku
-Maaf Zahir je
-Segala Salah Silap harap di ampunkan
-Khusus untuk : Izat, Mas, Zaza, Yana, Kak Dayah, Masyitah (nasi kerabu) , Zeti, Ed, Ayu Sogi, Nad, Fath, Zura, Yanie, Azril, Zaini, Rokiah, Munie, Iman, Geng2 SKTM (Wanie,Mimie, Elira, Dalini, Hawa, Munie, Fadli, dlll -xlarat aku nak tulis), budak2 kelas aku , dan lain...

Saturday, September 12, 2009

.:: Atien Hadiahkan AL-FATIHAH untuk Paman::.


"MENGGIGIL MELIHAT OTAK BERTABURAN"


6 September 2009


Panggilan dari mak pada pukul 5.15 pagi benar-benar memeranjatkan aku..aku terdiam seketika..hanya air mata yang mampu berkata-kata. Akhirnya dia pergi jua. Aku akur dengan pemergiannya. Ya ALLAH, KAU tempatkan pak cikku dalam golongan orang yang beriman.KAU ampuni segala dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Mungkin sudah ditakdirkan dia pergi dengan cara yang tidak disangka. Kesian Haikal, sesudah kehilangan mamanya,kini dia kehilangan papanya. Seorang anak kecil yang aku sendiri tidak pasti adakan dia mengerti makna itu semua.
Saat itu ingin sekali aku pulang untuk melihatnya buat kali terakhir. Masih terlekat memori terakhir aku bersama dia ..aku tidak menyangka pertemuan yang secara tiba-tiba di stesen bas pada 8 ogos lalu merupakan satu pertanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami semua. Aku ingat lagi kata-kata terakhirnya pada aku, "Hati-hati,jangan kehilangan beg disana nanti"
Paman, kata-kata yang atien luahkan ini ..tidak akan paman dengar..atien sedar.tapi yang mampu atien hadiahkan untuk paman hanyalah surah Yasin dan Al-Fatihah...Amin..


Sumber :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090907072744/Article/index_html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm



.::top up..jgn tak top up ::.

Kesibukan aku kebelakangan ini membataskan aku untuk mencoret kata2..rasa bagaikan dri ini macam robot..dengan tesis, asgment,program..arghhh..tensennya aku.ingin sekali aku melepaskan segala beban ini dengan berkata"cukuplah setakat ini perjuangan aku.."tapi aku sedar,sejauh mana boleh aku lari dengan masalah.ia tak akan membantu menyelesaikannya. Aku tak ingin jadi orang yang kalah sebelum berjuang..

.::Top up apa yg telah berlaku ::.

21,22, 23 Ogos 2009

- Aku bermalam di Sungai Siput untuk bersama BMW.
- Berpuasa + Bersahur bersama yang tercinta
- Alhamdulillah, sedikit sebanyak tekanan aku dapat dikurangkan


27 Ogos 2009

- Pergi ke Felda Gunung Besout 1 untuk mendapatkan konsultasi kali ke-dua bersama pengurus felda dan peneroka

- Mendapatkan cop pengesahan daripada En.Taquddin sebagai penyelia latihan ilmiah aku

28 Ogos 2009

- alhamdulillah,syukur pada Yang Maha ESA, kerana aku berjaya menghantar tesis aku
ke pusat penyelidikan (EPRD) di Putrajaya. Walaupun perjalanan yang seharusnya pendek menjadi panjang,namun aku gagahi jua..

- Sampai dirumah pada pukul 9.35 malam dan aku hanya mampu berehat untuk seketika disebabkan janji aku kepada Azril untuk membantu dia menjalankan program Bengkel fasilitator bersama warga KUO. Penat memang penat. Kelewatan berbuka puasa + cuaca yg yang tidak menentu ,panas + hujan = menyebabkan aku diserang gastrik dan sakit kepala yang teramat. Otak aku sememang sudah tahap "Burn Out"

29 hingga 30 Ogos 2009

- Aku berkampung di Kalumpang Resort dan Centre Training, Selangor untuk meneruskan program Bengkel fasilitator. Ketika itu aku bersyukur kerana dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan aku yang sememangnya tidak boleh dipertikaikan kehebatan mereka. Tahniah kepada Azril, Fashan, Zubar, Rahmat, Jihan, Nazri, Walaupun ketika itu aku merasakan hanya aku seorang sahaja serikandi, namun diorang ni xdelah membuli aku, tapi yang pasti ada gak r yang aku kena rangging kat diorang. N TQ pada Fashan, next time kebab lagi k..hehehe. Pengalaman kat sana sememangnya memberikan aku banyak input-input baru pada aku.

- 30 Ogos, aku hnya bersama mereka untuk seketika. Hanya tinggal Azril disana, aku dan yang lain-lain terpaksa pulang untuk urusan lain. Petang itu sebenarnya aku sudah mempunyai janji untuk bersama Cinta Hatiku. BMW aku datang menjemput ..Aku benar-benar rindunya. Love u so much dear..uummuuahhh. actly malam tu, aku bermalam di rumah mak ciknya di hulu bernam.

4- 5 September 2009

- 4 september, aku dgn zahidah bertolak ke felda besout 1. Ketika itu, aku terpaksa menaiki bas akibat masalah pengangkutan dan kewangan. Pemergian aku pada kali iniuntuk menjalankan tugasan konsulatsi iaitu Program Ramadhan dari Tanjung KeGunung. Program ini sedikit sebanyak menguji kesabaran aku. Banyak masalah yangmendatang. Kekurangan bajet menyebabkan masalah semakin menimpa2..Saat itu, aku benar2 berserah pada DIA agar dapat memberikan aku kekuatan. Program ini aku lebih menumpulkan kepada khidmat bakti kepada penduduk berkaitan dengan kesihatan disamping menziarahi penduduk kampung . Aku sampai disana dalam pukul 1 ptg. Aku ingatkan masalah sudah selesai,rupanya tidak..aku akhirnya tekad berpatah balik ke tanjung malim. Keadaan kereta yang dipinjam kurang stabil namun aku beranikan diri..Alhamdulillah, akhirnya masalah kami berjaya diselesaikan walaupun saat itu waktu berbuka puasa sudah hampir tiba.

- 5 september, aku benar2 bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancarnya.malah sambutan yang diberi benar-benar tidak diduga. Program ini berjaya menziarahi 18 buah rumah dan berjaya mengumpul seramai seratus lebih peneroka yang kebanyakan warga emas untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

- Selesai berbuka puasa, aku meminta Cinta hatiku mengambil aku disini .TQ dear bcoz sanggup berkorban demiku..saya sayang awak.

Thursday, August 27, 2009

.::windu utk berbicara::.

aku rindu sgt untuk menulis dalam blog tapi minggu nie aku benar2 tiada kesempatan.Namun aku janji aku akan tunaikan jua hasrat hati ini..i'm so tired hard work dis week..chayo tien,chayo..don't give up..

Monday, August 17, 2009

.::i love u::.


Mohamad Hafiz, awak selalu beri yang terbaik dalam hidup saya.Awak tak pernah hikoprit nga saya.Awak tak pernah mengeluh dengan saya. Awak terima kelemahan saya. Mohamad Hafiz, awak tahu tak..awak selalu jadi sumber kekuatan saya. Kadang kala bila saya rasa nak menangis, saya cuba jadikan diri saya tabah macam selalu awak pesan.Awak selalu cakap kata saya, "buat apa saya nak peduli psl org,sedangkan org xpernah peduli pasal hati dan perasaan saya". Awak selalu suruh saya terus maju ke depan,jangan ambil tahu pasal orang-orang yang selalu mengata saya,pasal orang yang tak pernah memahami saya. Awak nak tahu, saya tak kisah kalo ada orang mengata pasal saya..cakap saya berlagak,cakap saya poya,cakap saya tak boleh beri kerjasama,garang atau ape 2..tapi awak tahu,saya tak boleh terima kalo ada orang cakap pasal awak..saya tak pernah berlagak nak tunjuk awak kat sapa2..saya tak pernah nak cerita pasal awak kat sapa2..biarlah diorang cakap saya macam-macam,saya reda..tapi saya tak akan maafkan sesiapa yang cakap hal-hal berkaitan dengan awak.Pelikkan ??waktu yang saya tak pernah kenal diorang pun,diorang boleh cakap pasal saya selalu tayang awak.Mohamad Hafiz, ada masanya saya nak tahu..apa salah saya?Sebab saya ada awak..org lain pun ada pak we jugak.tapi diorang tak cakap ape2 pun..Sekarang,saya dah tak kisah awak..sebab awak pesan "Sabar itu separuh dari iman,"..biar orang buat kita,tapi jangan kita buat orangkan awak.Awak..saya selalu doakan semoga ALLAH memperpanjangkan jodoh kita bersama. Awak,lambat atau cepat bukan bermakna saya tak sayangkan awak,tapi saya kadangkala nak sangat mencapai impian saya .Awak pun tahukan kenapa saya berusaha.Kenapa saya nak capai cita-cita saya dulu...tapi andai jodoh saya lagi cepat dari cita-cita saya,saya terima kerana saya tahu awak tak akan halang saya kan..mm,Oklah awak,saya nak sambung stdy..bye Mohamad Hafiz Che Din n TQ untuk lagu "CintaMu Mekar Di Hati"

Sunday, August 16, 2009

.::TQ villa 112::.


Puding Jagung bersama kata2..




Mmm..macam tak tergamak lak nak makan..sayang


Penghuni-penghuni Villa 112


Puding Jagung bersama modifikasi tingkah laku


Tq 4 villa C112.. suka sgt.. nielah hadiah besday dari penghuni Villa 112.
diorang hadiahkan aku puding jagung..
kira wat2 xingat besday aku hari nie..huhu..
actly,aku tahu spa punye idea nak kasi puding jagung kat aku..
sebab dia sowg je tahu aku suka
makan puding jagung ape2 pun..
Tq Villa 112
cayang kamu..uummuuaahhhh

jom kita check list buda
k2 villa112



Villa 112 nie sebenarnya diketuai oleh..sape entah.
tapi aku rase yang berkaca mata tue kot..hehe..jom kenal


Nur Hidaiyah Binti Ibrahim +owg panggil kak dayah or kak d je+ asal terengganu (ore ganu kita) + no fon lupa nak tnya..nti tnya sendirilah ek
+ actly dia nielah kakak aku kat sni.dia antara yg aku selalu bercerita+ sem 7 BNK (sama nga aku) + perwatakan dia : baik,selalu dgr masalah aku,rajin masak+ antar makanan kat aku, sopan-santun,suka bantu owg+ckp sifat kewanitaan (sapa berkenanaa ,boleh msg aku ek)+ paling penting,dia selalu beri nasihat kat aku+ aku alwyz doakan yang terbaik untuk dia..+cayang kak dayah

Sebelah berkaca mata tue..

nama dia Masyitah Ayub (sowey kalo salah nama ayah.) +owg panggil mas boleh,syitah boleh
+ budak kedah tapi dia bakal jadi sebahagian owg kelantan+ sem 7 BNK gak +dah berpunya..so sowey ek+ perwatakan dia; dia lembut,sopan,cakap pun manja coz dia sowg pepuan dalam umah + pandai bergaya (sebab tue abg syg) + jadi pada mana2 yang berkenanan awas ek..+satu lagi pasal dia,bakal jadi tauke nasi kerabu..hehhehehe




alala...ayunye..

Nur Ilyani Binti Ibrahim (tapi bukan adik kak dayah tau..hehhe) + aku panggil dia Yanie
+ Sama sem nga aku gak r..+kedah mari + budak silat(tapi kalo suruh silat hancur r..hahhaa)
+ aku memang rapat nga dia coz kami sama2 silat n selalu je mengumpat waktu nak gie silat.

+ windu giler kat kenangan malam selasa dan khamis(yanie,zura ,mis windunye nak bersama rongeng2 malam mcm dulu..) +perwatakan dia; sowg yang amat tabah (aku respek giler dgn dia), baik hati,keras hati,independenc person n semangat kental + yanie,aku selalu doakan ko dapat yang terbaik ..love u yanie..





kita kenal budakkaca mata dulu ek..

Budak kaca mata tue diberi nama Nurul Idayu Bt Sogi + asal N9 + budak cun nie aku panggil ayu tapi kadang2 aku panggil dia mama Yokies sebab dia ada papa yokies..hahhaha + nampak je kurus ,tapi tuhan je tahu betapa kuatnye dia makan (patutlah dia dapat papa yokies) + nampak je selamba..tapi bijak + sama umur nga sem nga aku+ pastu sama group tesis nga aku..hahhaha(cpt yu siapkan tesis,aku nak copy lak.hehhe) +dah berpunya ek..sowey,lambat
+perwatakan ; kuat makan,suka ketawa,bijak n cerdik pandai,suka tolong owg,sopan n paling penting selamba giler..


Budak sebelah ayu...yang cute tue

Dia tue namanye Adilla Md.Yusuf+ but u all boleh panggil dilla jelah + dilla nie junior aku + aku xdelah kenal sgt nga dia tapi bila dia dah kawan nga dia,kejap je rapat + sebab dia nie mesra alam owg nye + aku xdelah tahu byak info pasal dia+ tapi yang pasti aku kenallah perwatakan dia ; suka ketawa,mesra,xsombong,peramah, suka wat lawak(ade je lawak ) ,bila gabung nga mama yokies tue,meletuplah dunia dengan ketawa mereka berdua,tapi aku boleh kenallah..budak nie baik + pe2 tq dilla..kak tien suka kwn nga kamu,sebab kamu banyak ketawa mcm diriku..hahhaha




Errkkk..mengalahkan mak datin

Hmm..dia bab melaram memang kalah owg lain + sebab tue nama dia Hawazidah + dia adalah antara insan yang awal aku kenal di upsi (kawan baik pada individu yang bermakna dalam hidup aku)+ first2 kenal memang pening.aku ingat aku dah laju bercakap..ape dia lagi laju ckp+ tapi dah dekat 7 sem aku kenal dia..dia ok+ budak johor + perwatakan dia ; laju bercakap (expcly dia pot2pet pot pet..),tabah owgnye+ sukar untk menangis + perahsia + selalu tersenyum + hawa,aku doakan ko temui kebahagian ko..

.::cantik dilihat tapi bukan dipegang::.











Tuesday, August 11, 2009

.::Percutian H1N1 (episod 2)::.

Aiii..nak smbng cerita pasal percutian mengejut H1N1,..masa tue aku kira syukur sgt2 sebab dapat BMW yg boleh bertolak ansur.Yealah..ikut hati memang aku nak suruh dia ambik aku kat Tanjung Malim..tpi semua tue xmengizinkan..Tapi aku tak sangka r..tup2 dia ckp nak ambik aku kat Tapah..atleast..ringan beban aku naik bus loncat2 coz masa kat tapah..aku dah xnak bus dah..dahlah masa tue uncle india yg gatal tue asyik pandang aku ..atas bawah..atas bawah..ikut ati nak je aku korek mata dia..huhuhu...

So dari tapah kami terus gerak pie ipoh..masa tue xsilap aku dalam kul 1 lebih gak ..sampai je di ipoh..kami pie lepak kat taman bunga..adoi..macam xde tempat lain je.rase mcm zaman cinta tahun 60-an je..yelah..aku rase dah jatuh cinta dengan yang muda..tpi dating still mcm tahun 60-an.Nak tak nak terpaksalah aku terima hakikat tue..huhuu..actly,itu memang salah satu tempat lepak aku r..kami selalu makan kat situ (save bajet bawa bekal sendiri..hehe) Yang pasti makanan tue mesti dibawah oleh BMW aku..hehehe(Bajet dia yg masak..macam aku xthu, mak dia yang masak..hehehe).

So dipendekkan cerita pas makan,terus pie umah Ed..sebenarnya Ed nie cousin pada BMW aku,,sebab tue aku ckp cousin dia lagi cute..hahhahah..ape yag tejadi kat umah Ed n seterusnya pun aku pendek ek..(kejar masa nak gie clas ganti Cik Amy jap lagi)

Di umah ED
Sembang2 + Lepak + Tunggu Ed Mandi + BMW rehat+Ambik cerita Syurga Cinta

Di Dataran Ipoh
Sembang2 + makan Char Keow Tiew

Di Ipoh Parade
Kena Buli + Main Boling..huhuhu..inilah sedutan yang dapat ditangkap hasil main boling
masa time nie sedih giler.aku dibuli oleh BMW nga ED..diorang main tipu
(omongan owg yg xdpt terima
kekalahan)



Ed memulakan tirai perlawanan malam tue dengan gaya bongkok tiga...hahaha



Ed sebenarnya gaya je lebih coz dia xpuas hati dengan pak
cik kat sebelah..
asyik straight je..haha..itu yang dibuat gaya je lebih :)




BMW aku memulakan perlawanan maintain je..bajet xpandai r

(coz nak balas dendam kat aku kutuk dia giler2.huhuu)




Gaya dia sempoi je..xmacam pemain profesional (pak cik kat sebenar tue..heheh.ape dosa pak cik kat sebelah tue..bila agak nye nak gie mintak maaf nga dia)



Sekali tgk mcm sakit tua tapi nielah Gaya pesakit batu karang dari BMW aku

..(sayang sowey ek..hehhehehe)


hehhehe..malam tue tiket bus aku kul 11.00 malam..
so,aku ajaklah BMW nga Ed pie main boling
.Petang tu,aku dah kutuk2 BMW aku..saje jelah nak usik dia...konon2 lawan boling ari tue asyik masuk longkang je..adoii,sekali dia tunjuk taring dia.terkedu aku nga Ed..Panas-panas..Malam yg panas untuk aku coz malam tue
semua bola aku masuk longkang..huhuhu..xaci,diorng main tipu..
kalo xcaye..tgk ek..list yg telah dikenal pasti:
  1. BMW & Ed pilih bola ringan kat aku..so menyebabkan masuk longkang
  2. BMW aku dah berlatih 2,3 hari lepas..so of courselah dia hebat malam tue...
  3. Pastu bola yg BMW aku pilih utk dia memang bes setelah diuji oleh Ed utk balingan terakhir..
inilah alasan2 org yg tak boleh terima kenyataan..huhuuuuu.
macam ne dia boleh menang malam tue..???
Malam tue..memang BMW aku kuasai permainan.Gaya baling xseberapa
tpi semua dia sapu bersih..Memang teruk aku kena balik kat dia...langsung
tak beri peluang...huhuhuu,takpe2..nti nak kalahkan dia balik..uhuu

Di KFC Medan Gopeng
Makan + Beli Makanan kat Qat(bekas awez Ed-usaha nak rujuk balik..hhhe)

Di Rumah Qat + Ed
Hantar makan + Sembang 5 saat + Antar Ed balik

Di Medan Gopeng
Naik bus pulang ke Terengganu + Berpisah seketika dengan BMW(so sad)


Lepas berakhir satu hari percutian mengejut itu..aku pulang ke kampung (Kata ed,owg lain sibuk kuaratin..kak tien sibuk jalan2..hehhe..)

Monday, August 10, 2009

.::Percutian H1N1 (episod 1)::.

Actly lepas diberi cuti mengejut,memang ting tong jap r..mane nak cari tiket secara tiba2.adoi,saat inilah saat yang paling tidak digemari. Bukan ape, aku dahlah lembab bab2 cari tiket nie, itulah wat aku pening..Masa itu gak kawan seangkatan aku pun turut hadapi masalah yang sama ,Khairul Azwa..Budak lagi lagi pening dari aku kot..hheheh..

Tapi dalam pening2 dapat gak r tiket..itupun sebab ada penyelamat dari planet pluto trun ke bumi..hehhe..tapi sebelum cerita pasal penyelamat ini,aku nak ckp gak r "kebengangan" yang tahap alfa croch bach 0.89 coz elok2 beli tiket yang harganya RM48.00 (mahal dari kebiasaan akibat bayar harga untuk ke Kuala Terengganu sebab Jerteh xde kat Ipoh) tup2 ade annocment menyatakan ada tiket free dari UPSI..

Adoi,diorg nie lambat giler info..dah sehari bdk2 nie balik barulah nak info hari ke-2.hmm,xpelah maybe d hikmah disebalik semua tue(sejuk hati sendiri)

Oklah,berbalik cerita asal tadi..aku berjaya dapat tiket pulang ke terengganu tercinta pun atas bantuan angkawasan xcukup tinggi yang tinggal di Ipoh..hehhe..Jom berkenalan jap nga dia.


Inilah penyelamat aku..alien kecik yang trun dari planet pluto..kejap angkasawan,kejap alien..cian dia..hahha..xpe..yang penting dia budak kecik.Jom check list sape dia..

Nama : Muhammad Shahir Bin Noordin

Umur : 19 or 20 tahun..aku pun xberapa ingat umur budak nie..tapi kalo 25 pun umur dia..dia tetap kecik.si
budak kecik..hehe

Asal : Orang utara ,kedah .Pekat bebenor utara dia..memang ori punyelah..

Sekolah : Yang sekolah tue xthu..tapi pasti semua katkedah ..hehe..pastu sambung stdy Kolej Polytech Mara, Ipoh dalam jurusan Diploma In Mutltimedia

Hobi :
Hantu Photography..minat g
iler nga photography..kalo xcaye tgk blog dia ( http://edbudakkechik.blogspot.com)..pasnie mesti caye..

Tentang Dia : Budak kecik nie aku panggil dia Ed.Dia nie budak yang simple ..tapi yang isau budak nie terlalu simpel..semua benda dia buat selamba badak je..kadang2 isau gak takut terjebak dengan gejala sosial ke,masalah jenayah ke..(
xdelah smpai mcam tue sekali) tpi dia jenis yang mudah r.Bila sembang nga dia,nak gelak pun de..de je cerita pelik2 dia nak cerita..memang budak yang jenis xduk diam..Paling istimewa ,wlpun dia kecik tapi dia cute..like his cousin(cousin dia cute lagi dari dia..hehe)Kalo nak thu lanjut lagi..berkenananlah nga dia sendiri..huhuu..ape2 pun thanks Ed coz beli tiket untuk kak tien.


Ok..back to story.Of courselah pas dapat tiket mesti r, packing barang nak balik kampung..Dalam hati ini timbul lak persoalan..ade ke tiket nak pie ipoh.Mesti saat mcm nie xde tiket nak gie ipoh..huhu..so aku dengn semangat waja pada hari khamis bersamaan 30 Julai mengangkat beg di pagi2 hari lagi walaupun tiket aku blik trg kul 11.oo malam ..bila tiba di stesen bus Tanjung Malim..mcm xcaye je..tiket ipoh dah xde ..kalo d pun hnya petang.adoii..penat giler nak tunggu..air mata mula r nak kuar..mulut mula dah jadi jahat semcam..xpasal2 aku mengamuk kat jantung hati aku..adoii..selalu lost control ..hot tempel aku terover sgt..dahlah masa tue suasana kat tanjung malim ..panas..cuaca panas,persekitaran panas..sekeliling penuh dengan manusia yang menutup muka ..like dis;


Ingat senang ke pakai topeng mcm nie..adoi..penat giler..sakit+gatal+xselesa+rimas+macamlah yang rasa..tapi demi keselamatan dan kesihatan..aku teruskan juga..

Namun aku rase benda yang paling aku xleh lupa..pertama kali dalam hidup aku naik "Bus Loncat2".Aku memang dah beli tiket pie ipoh,tapi xsanggup nak tunggu lama..Masa tu aku ambik keputusan naik bus loncat2..Tapi honestly aku ckp,kesusahan naik bus loncat2 nie memang jelas tergambar..n aku rasakan kerajaan kena naik taraf lagi pengangkutan awam di pekan2,kampung2..Mula2 naik bus dari Tanjung Malim ke Sungkai,xdelah rase sgt..sebab bus tue ok..ade penghawa dingin tpi bila turun di sungkai n change next bus di sana..barulah aku faham maksud BMW (best men win) aku..Bus tue memang teruk gak..aku rsa zaman ayah aku bus tue beroperasi sampai sekarang..Bus HUP YIK (aku pun lupa nama bus tue),Bus tue lantainye lantai kayu,pastu penghawa dingin semulajadi n aroma terapi semula jadi..dalam erti kata mudah..pakej lengkap semula jadi..huhuhu..
Tapi seronok r..satu pengalaman yang aku xlupa..dapat gak r kenal ceruk kampung ..so dari sungkai ,aku ambik bus ke bidor n tapah.Last perhentian aku di Tapah..masa sampai kat tapah,rase mcam aku melakukan pelanggaran norma..owg pandang aku pelik je..yelah..aku pakai topeng .mybe kat tapah ,wabak H1N1 belum menular lagi kot..nak tak nak aku bukalah topeng coz xnak nampak sgt aku nie pelik..huhuu..
Syukur r sampai Tapah BMW aku datang jadi rescue 911 coz aku xnampak bus dari tapah ke ipoh..pastu dahlah sowg uncle india tue pandang2 aku start aku trun bus..adoii..seram sejuk dibuatnye..kira xsmpai 15 minit aku duk situ BMW aku dtg..huhuhu..lega............................
berakhir episod pertama pecutian H1N1