Tuesday, March 24, 2009

.::BERTANY AKU PADA HATI::.

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir


Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

p/s:Benarkah aku akan terus menanti walaupun aku tak pasti siapa dia??

Wednesday, March 18, 2009

.::DIA:.

DIA

Kasih DIA pada Suami tiada tolok bandingnya


Tiada beza antara anak kandungan atau anak jagaan..semuanya sama.Aku kagum dengan DIA


Beza tapi sama

Mak,atien rindu giler kat mak..tiap2 hari perasaan nak balik terengganu
membuak-buak dalam hati.Rindu pada masakan mak, rindu nak mengumpat
dengan mak,rindu nak kena marah.
Mak, Walaupun atien bukanlah jenis yang pandai meluahkan
hati dan perasaan.Tidak pandai untuk menunjukkan rasa sayang dan
cinta atien pada mak..tapi atien sayang sgt mak..
Atien sedar,atien bukanlah anak yang baik..yg dengar segala kata2 mak.
Atien pernah buat mak sedih,buat air mata mak menitis,
pernah buat mak kecewa,
malah paling menyakitkan hati mak..
menjatuhkan maruh mak..
Tapi percayalah mak..
itu semua bukan kehendak atien
Masa,keadaan dan ....
telah membuatkan atien bertindak sedemikian rupa.



Mak,atien tak mampu untuk membalas jasa mak..
malah atien sedar atien tak mampu untuk
membalut luka dalam hati mak..
namun atien berjanji Mak..
atien akan buktikan pada semua..
atien boleh mak..
atien bukanlah seperti yang mereka sangka
atien percaya satu hari nanti
atien pasti akan memberikan satu yang bermakna
Satu yang mampu membuatkan
MAK TERSENYUM
MAK BANGGA



Mak,sampai disini sahaja
Atien tahu mungkin mak tak akan baca luahan ini
tapi..
PERCAYALAH HANYA YANG MAHA ESA
MENGETAHUI BETAPA RINDU,SAYANG,CINTANYA
ATIEN PADA MAK


.::HUKUM SOLAT ASAR DENGAN SOLAT JAMAK::.



Posted in Diari Al-Azhar on February 13, 2009 by arrumy


Solat asar tidak boleh dijamak bersama solat Jumaat samada pada waktu musafir atau biasa pada pandangan paling sahih di kalangan ulama. Tidak ada dalil yang menunjukkan bolehnya jamak antara solat asar dan solat Jumaat. Perbuatan ini tidak pernah diriwayatkan baik daripada Nabi saw maupun para sahabat baginda. Maka wajib untuk meninggalkan kebiasaan ini. Sesiapa yang telah melakukan jamak antara solat asar dan solat Jumaat hendaklah menunaikan kembali solat asar apabila masuk waktunya. Sunnah meriwayatkan bahawa jamak antara solat zuhur dan solat asar. Sedangkan solat Jumaat bukanlah solat zuhur; ia adalah solat yang tersendiri. Jika seorang musafir menunaikan solat zuhur dan tidak menunaikan solat Jumaat, maka dia dibenarkan untuk jamak solat asar dengan solat zuhur tersebut. Ini kerana solat Jumaat tidak wajib bagi musafir. Diriwayatkan bahawa Nabi saw menunaikan jamak antara solat zuhur dan solat asar semasa Haji widak, pada hari arafah dengan satu azan dan dua iqamah, dan baginda tidak menunaikan solat Jumaat. Wallahu ‘alam

Saturday, March 14, 2009

.::KISAH SEMALAM...::.

Kisah semalam membuatkan aku rindu.
Rindu pada insan yang banyak membakar semangat aku selama ini.
Aku tahu DIA tidak pernah mengetahui bahawa dia adalah IDOLA aku
Kejayaan yang selalu dikecapinya membuat aku cemburu.
Cemburu untuk dilihat berjaya seperti dia.



DIA seorang yang teramat tabah,gigih berusaha
Tidak pernah mengalah dengan segala dugaan yang dihadapi
DIA pernah tewas dalam medan perang
Namun DIA tidak mengerti erti putus asa
DIA kembali berusaha
Berusaha demi menjadi contoh kepada adik
Berusaha demi menjadi kebanggaan keluarga
Berusaha demi membalas jasa orang tua

DIA seorang yang amat istimewa




Kisah semalam bermula semula
Aku tidak tahu bagaimana untuk memberikan sokongan tapi aku TAHU
DIA akan hadapi dugaan ini sama seperti dia lalui sebelum ini
Aku YAKIN kisah semalam tidak lunturkan semangatnya
Aku tahu ALLAH hanya menguji orang yang BERIMAN & SABAR
seperti DIA




PERCAYALAH DOA RESTU MENGIRINGIMU




.::INSPIRASI KEJAYAAN KU::.


.::INSPIRASI KEJAYAAN KU::.

Bersandar pada tiang serambi rumah
Hujan mula turun..tik..tik
Merenung hujan yang turun titik demi titik
Merenung masa depan yang penuh kegemilangan

Bangun berjalan ke meja belajar
Duduk segak bersandar buku,mata menela ilmu
Teringat cita-cita tinggi di awan yang ingin dicapai
Tersentak mengenang pengorbanan ayah dan ibu

Hati bermain rasa,jiwa mengetap cita
Kasih sayang ayah dan ibu tercinta
Doakanlah anakmu berjaya
Kerana azamku kau bahagia

UPSR,PMR,SPM,STPM ku capai dengan jaya
Tanpa kecewa dan prasangka
Diploma,ijazah ,master dan PH.D aku tiba
Kerana universiti itu sentiasa ada
Menantiku menjejakkan kaki ke sana

Inspirasiku
UM, UPM, UKM, USM, UIAM, UTM, UUM, UMS,UNIMAS, UPSI
dan semua U yang tidak pernah lena
Di sana ada permata dan bahagia untuk pengembara

Tersentak renungan
Hujan rahmat masih turun
Bersama restu Ilahi
Bersandar buku dan menelaah ilmu
Aku pasti ke sana

NUKILAN : MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP

Monday, March 9, 2009

.::SIREH PULANG KE GANGANG::.

Sireh pulang ke gangang jua akhirnya..sebenarnya kat sini aku nak cerita skit pasal asal usul aku. actly aku nie, dilahirkan di Setiu,Terengganu tapi aku dibesarkan di Besut iaitu tempat kelahiran ayah aku. Ape yang aku nak cerita kat sni ialah pasal daerah kesayangan aku,Besut..pasal Setiu tue nanti aku story lain kali.

BESUT OOO BESUT


NASI DAGANG OF COURSELAH MAKANAN RASMI NEGERI TERENGGANU



SATAR,SURE RAMAI YANG TAK PERNAH MAKAN



MASJID KONTROVERSI,MASJID ISLAM HADARI


LATA TEMBAKAH

LATA TEMBAKAH

PULAU PERHENTIAN



PULAU PERHENTIAN





.:: PERMATA HATIKU::.

Aqil, kepala bulat..pendiam tapi hyper aktif

my bro bersama Ariff.cute..mata bulat

Budak yang selalu gaduh nga aku,aliya tpi ayah aku sayang giler kat dia sampaikan aku hairan sape anak ayah nie??

Adik aku yg bongsu nie memang baik..suka layan permata hati...

Permata hati ini adalah anugerah Allah kepadaku. Setiap hariku berdoa agar mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera . Rinduku pada mereka membuatkan aku tidakbetah untuk terus berada lama di UPSI. Hampir setiap saat aku merindui mereka. Malah masih kedengaran ditelinga ini suara tangisan mereka disaat aku berangkat pulang ke UPSI. Teletah manja,nakal mereka yang membuatkan aku rindu. Aliya Qistina,Aqil Hakimi,Ariff Shaqki walaupun kadang kala teletahmu membuatkan kami semua sakit kepala tapi ketahuilah sayang,kamulah PERMATA HATI kami



Sunday, March 8, 2009

.::TIDUR,TIDUR & TIDUR::.


1.Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

4. Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

5. Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

10. Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu.. semoga berjaya k…




.:: HADIAH DARI AYAH::.

Sehari sebelum saya berangkat ke kota, ayah memanggil saya ke pejabatnya. Saya agak hairan ketika itu, apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya. Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya, terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

"Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna.

Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut.

Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :-

"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya.

Moral:
Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.

Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.

.::KASIH SAYANG,KEKAYAAN , KEJAYAAN::.

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.""Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar.""Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut."Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap."Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.

"Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!""Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"