Saturday, October 24, 2009

.:: Last pebentangan di UPSI::.

Hari ni dalam sejarah 24 OKTOBER 2009 tepat jam 13.20 petang, aku membentangkan dapatan kajian aku untuk mendapatkan kelulusan bagi meneruskan bab 5. Mungkin itu satu berita yang mengembirakan aku..namun sebenarnya itulah pebentangan aku yang terakhir di UPSI..aku bakal meninggalkan upsi tidak lama lagi.Tanpa aku sedar 3 tahun setengah aku meniti usia-usia remaja aku disini sehingga aku menjadi seorang yang dewas. Sekejap sahaja masa berlalu sedangkan aku merasakan baru semalam aku melangkah kaki sebagai seorang siswi di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Terasa kecilnya dunia,singkatnya masa bila aku sedar aku tidak lagi bersama UPSI. Segelintir masyarakat mungkin memandang apalah yang ada pada seorang siswazah UPSI. Tiada kualiti,tiada kuantiti..namun bagi aku..siswa,siswi UPSI adalah yang terbaik di mata dunia. Walau pelbagai pandangan negatif dilemparkan kepada UPSI, tapi inilah tempat aku menimba ilmu,tempat aku mencari pengalaman hidup, tempat aku belajar erti persahabatan,erti permusuhan dan yang paling penting tempat aku mengenali siapa aku sebenarnya.. UPSI, walaupun aku bakal meninggalkanmu,ketahuilah memori indah ku bersamamu tetap diingatan..Aku bangga menjadi anak kandung suluh budiman..aku bangga........

.::Nyum..nyum..nyum ::. <3<3

Kek terbaru..aku tak tergamak nak makan..huhuu
moist-chocolate -cake
tiramisu

Chocolate -chip -walnut

chocolate fudge


chocolate indulgence

~kering idea untuk menulis entry nie..tpi nak tulis gak..kek nie keluaran secret resepi.aku memang suka gila kek dia yang bes2..yang paling aku suka ialah chocolate indulgence..oklah..malas nak tulis..bye~

Sunday, October 18, 2009

.:: Balik Awal... 18 SX::.


Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;


Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!


Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati... Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!


Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

.::bayar hutang lira elira::.

Actly..aku nak bayar hutang yang tertangguh sebulan yg lepas..of courselah aku nak bayar hutang kat Lira Elira..kan kat title kat atas dah tulis bayar hutang Lira Elira..xreti baca ek..





Nama penuh
: Fatin Hanim Binti Rosdi
Tarikh lahir :16 Ogos 1986
Tempat lahir :
Setiu, Terengganu

Tempat anda dibesarkan :
Besut Terengganu


1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
  • Wan Elira Wan Rosli (Lira Elira, kwn yang hari2 main nga aku ..bila terpaksa pindah terpisah nga dia..ishkk,sedihnye..tpi last2 bersama kembali..hehhe..antara temanku yg paling comeldan bermkna)

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
  • Main Getah n Dek'cok..smpai drjh 6 kot main game nih.dok tahu bakpo..hok nie jah budak2 nie ajak aku main..hari2 bawok getoh gie sekolah..bila sheirman pegang getah,semua dak mboh main..tinggi doh.dok sape nok lompat..hehhehe.

3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
  • aku doh ingat doh kato gapo..tapi raso2.,adoi,susah soalan ini ...esoklah jawab


4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
  • hari-hari pas balik tadika gie rumah mimie.lalu depan rumah tapi sampai umah mimie dlu..hahhaha

5.Apakah cita cita anda masa kecil?
  • Saintis nga polis trafik..
6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
  • First cerita A.L.O.N.G (yg ada siti sifir tu),pahtu kalo dlu hari2 tengok cerita rambo..

7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?

  • dok ingat tapi selalu kalo balik sekolah sokmo beli gula2 hok lilit di batang hok jual depan rumah abror..hahhhaa

8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..

  • Fatimah ..member aku masa kat dungun dlu..

9.Apakah gelaran anda masa kecik?

  • xdok gelaran..sebab comel doh.org panggil Fatin je
10.nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya.
  • Sape2lah yang baca..tpi rase2 nak tahu pasal Ed,Cik Awa,Kak Dayah pahtu Wanie,pahtu ikut r sape..

Saturday, October 17, 2009

.::Sahabat kah Aku???::.

Adakah kita seorang sahabat???

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Tampar pipi! Tampar pipi! Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat?
Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar.

Kredit 4: http://putraim.wordpress.com


.::Ia berakhir jua..Give Up..::.


Akhirnya..ia terhenti juga sebelum sempat aku merasainya.Aku akui kekalahan dan kebodohan aku yang mengejar sesuatu yang tidak pasti. Aku give up.. Kekecewaan yang tidak dapat aku tafsirkan dengan kata-kata..dengan perasaan, dengan hati..aku terima suratan ini andai itulah takdir aku..Mungkin itulah kebodohan dan kesilapan besar dalam hidup aku..memberi sesuatu yang amat berharga dalam prinsip hidup aku tanpa menyedari aku mengulangi lagi kesilapan yang lalu. Aku tidak ingin lagi mengulangi dan menoleh kebelakangan.Cukuplah ia melukakan dan menguris hati aku.Memang betul silap aku..Maafkan aku Cinta Damia Aqwim..kerana aku telah melukakan hatimu tanpa aku sedari. Akulah manusia paling bodoh.. Aku akui hakikat ini... Aku terima semua kesalahan aku.. Aku relakan ia berakhir disini... Aku give up..........

Monday, October 12, 2009

.::kesibukan aku mengatasi kerinduan aku kepadanya::.


aku rindu nak coret kata-kata di blog ino..nak edit blog nie..nak wat itu..wat ini..tpi kesibukan selepas hari raya membataskan aku untuk melakukan segala-galanya..insyallah..bila tiba masanya,pasti aku akan lakukan jua..sejujurnyanya,kebelakangan ini banyak masalah yang berlaku dan menimpakan aku..namun aku sedar,semua itu menguji aku..insyallah,akan ku tunaikan impian ku untuk mencoretkan sesuatu