Saturday, September 12, 2009

.:: Atien Hadiahkan AL-FATIHAH untuk Paman::.


"MENGGIGIL MELIHAT OTAK BERTABURAN"


6 September 2009


Panggilan dari mak pada pukul 5.15 pagi benar-benar memeranjatkan aku..aku terdiam seketika..hanya air mata yang mampu berkata-kata. Akhirnya dia pergi jua. Aku akur dengan pemergiannya. Ya ALLAH, KAU tempatkan pak cikku dalam golongan orang yang beriman.KAU ampuni segala dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Mungkin sudah ditakdirkan dia pergi dengan cara yang tidak disangka. Kesian Haikal, sesudah kehilangan mamanya,kini dia kehilangan papanya. Seorang anak kecil yang aku sendiri tidak pasti adakan dia mengerti makna itu semua.
Saat itu ingin sekali aku pulang untuk melihatnya buat kali terakhir. Masih terlekat memori terakhir aku bersama dia ..aku tidak menyangka pertemuan yang secara tiba-tiba di stesen bas pada 8 ogos lalu merupakan satu pertanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami semua. Aku ingat lagi kata-kata terakhirnya pada aku, "Hati-hati,jangan kehilangan beg disana nanti"
Paman, kata-kata yang atien luahkan ini ..tidak akan paman dengar..atien sedar.tapi yang mampu atien hadiahkan untuk paman hanyalah surah Yasin dan Al-Fatihah...Amin..


Sumber :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090907072744/Article/index_html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm



No comments:

Post a Comment