Wednesday, March 18, 2009

.::HUKUM SOLAT ASAR DENGAN SOLAT JAMAK::.



Posted in Diari Al-Azhar on February 13, 2009 by arrumy


Solat asar tidak boleh dijamak bersama solat Jumaat samada pada waktu musafir atau biasa pada pandangan paling sahih di kalangan ulama. Tidak ada dalil yang menunjukkan bolehnya jamak antara solat asar dan solat Jumaat. Perbuatan ini tidak pernah diriwayatkan baik daripada Nabi saw maupun para sahabat baginda. Maka wajib untuk meninggalkan kebiasaan ini. Sesiapa yang telah melakukan jamak antara solat asar dan solat Jumaat hendaklah menunaikan kembali solat asar apabila masuk waktunya. Sunnah meriwayatkan bahawa jamak antara solat zuhur dan solat asar. Sedangkan solat Jumaat bukanlah solat zuhur; ia adalah solat yang tersendiri. Jika seorang musafir menunaikan solat zuhur dan tidak menunaikan solat Jumaat, maka dia dibenarkan untuk jamak solat asar dengan solat zuhur tersebut. Ini kerana solat Jumaat tidak wajib bagi musafir. Diriwayatkan bahawa Nabi saw menunaikan jamak antara solat zuhur dan solat asar semasa Haji widak, pada hari arafah dengan satu azan dan dua iqamah, dan baginda tidak menunaikan solat Jumaat. Wallahu ‘alam

No comments:

Post a Comment