Tuesday, February 24, 2009

.::haruskah aku update hari-hari::.




bila aku tgk kwn2 aku asyik duk update blog..aku terkeliru..nape aku kena update blog nie hari-hari??bukan aku nak menidakkan kemajuan teknologi dan keupayaan blog sebagai penyebar maklumat tapi aku kadang kala terfikir sejenak ...dimanakah keupayaan blog sebenarnya..adakah blog ini benar-benar berfungsi sebagai penyebar maklumat. Berminggu-minggu aku mencari kelebihan blog..pelbagai jenis blog yang aku layari namun aku masih belum berjaya menemui kehebatannya yang sebenar.Mungkin ada sesetengah individu mampu menyebarkan maklumat yang berguna,namun aku akui aku gagal untuk membuktikan bahawa blog aku mampu menyebarkan sesuatu input yang berguna.Aku cuba melihat dari sudut yang positif tetapi ada masanya aku gagal kerana dimindaku bersarang satu pemikiran dimana arus tuju blog apabila aku dipostingkan disatu tempat yang belum pasti kecanggihan teknologi.

No comments:

Post a Comment