Sunday, March 7, 2010

.::Cinta + Sayang + Buah hati ::.



16 Disember 2009 jam 10.30 malam ..dia akhir pergi meninggal kami semua.. sukar utk aku bayangan pemergiaanye yang tiba2.aku akhirnya kehilangan cinta hati aku selamanya.hilang tempat utk aku bermanja,bergaduh..tiada siapa yang akan bebel pada aku lagi..tiada siapa yang akan cium tangan aku..pelikkan ..patut aku yang cium tangan dia..tpi ini tidak,dia yang cium tangan aku.pastu dia akan ckp" busuknye..ee,xmandi."aku nga dia akan sama2 gelak..
Banyak memori aku bersamanya..sapa yang tak rindu pada dia..aku tahu semua orang akan merinduinya..Dialah atuk kesayangan aku dan keluarga.Semua cucunya adalah cucu kesayangannya.Dia terlalu istimewa dalam hidup aku.
Perjalanannye singkat sahaja..masih segar dalam ingatan aku..2,3 hari sebelum majlis pertunangan abg ngah,dia dimasukan ke wad kerana asma. .kemudian 16 disember 2009,tepat jam 3.00 petang,aku mendapat panggilan dari su mengatakan dia dalam keadaan tenat.Ya Allah,hati aku mula menjadi tidak keruan.Bila aku tiba dihospital..keadaanya benar2 tidak memberikan aku harapan.Sejam dari sejam..oksigennya mula menurun dan denyutan jantungnya makin lemah.namun aku kena akur dengan itulah suratan takdir yang telah tertulis.akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir.
Aku bagaikan terhenti nyawa bila doktor mengsahkan pemergiaanya.aku peluk pak cikku erat2..aku bagaikan tiada kata utk diluahkan cuma tangisan sahaja menjadi ganti. Su kata.."atien,reda dengan pemergiaan dia.walaupun sukar untuk kita terima tapi itulah hakikatnya".pada hari pengebumiaan,aku syukur segala yang dirancang berjalan dengan baik.Malah segala urusan dari A sampai Z dilaksanakan oleh anak dan cucunya sendiri. Itulah kehebatan dan keistimewaanya. Aku sebenarnya diuji lagi ketika arwah hendak dikafankan..aku xmampu untuk memberikan ciuman terakhir di pipinya namun demi rasa cinta dan kasih yang mendalam terhadapnya..aku kuatkan hati.
dan sekali lagi aku dihanyutkan perasaan yang tidak keruaan ini..Ya Allah,malam nie aku merinduinya..KAU berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang.Kau tempatkan dia didalam golongan orang yang beriman..AMIN.

~DERAMAN BIN MAMAT~
16 DISEMBER 2009
http://www.emocutez.com

.:: Tinta Cinta Hani::.

sudah sekian lama aku meninggalkan blog kesayangan nie..masa dan saat tidak mengizinkan aku. walaubagaimanapun ari nie,aku tekad untuk lakukan perubahan pada blog aku..walaupun perubahan kecil tapi sekurang..sekurangnya ia tetap dipanggil perubahan..

Sebut tentang perubahan..ada yang berpendapat perubahan menyebabkan kita berbeza dari dlu.tpi bagi aku perubahan tidak akan merubah apa2 kerana perubahan sebenarnya akan mematangkan kita.

Perubahan....aku sedar aku perlunya kerana tidak lama lagi corak hidup aku tidak seperti dlu.aku akan bakal meninggalkan alam pengajian dan meneruskan corak hidup yang baru dalam pekerjaan. selama 4 tahun aku memerah keringat,titik peluh ku sendiri ditempat orang.tidak sabar rasa aku ingin menggengam sendiri skrol hasil usaha aku selama 4 tahun di UPSI
choya..choya.aja!aja!!
sebenarnya entry nie xde bawa makna pe2 pun untuk hari nie..cerita sebenarnya ialah aku cuma ingin nak ckp yang "warkah bicara" sudah bertukar menjadi "tinta cinta hani".itu je..yang atas2 tue hanya memanjangkan cerita je..hehe..


http://www.emocutez.com