Monday, September 14, 2009

.::Untuk Semua ::.

Selamat Hari Raya Untuk Yang Mengenali Aku
-Maaf Zahir je
-Segala Salah Silap harap di ampunkan
-Khusus untuk : Izat, Mas, Zaza, Yana, Kak Dayah, Masyitah (nasi kerabu) , Zeti, Ed, Ayu Sogi, Nad, Fath, Zura, Yanie, Azril, Zaini, Rokiah, Munie, Iman, Geng2 SKTM (Wanie,Mimie, Elira, Dalini, Hawa, Munie, Fadli, dlll -xlarat aku nak tulis), budak2 kelas aku , dan lain...

Saturday, September 12, 2009

.:: Atien Hadiahkan AL-FATIHAH untuk Paman::.


"MENGGIGIL MELIHAT OTAK BERTABURAN"


6 September 2009


Panggilan dari mak pada pukul 5.15 pagi benar-benar memeranjatkan aku..aku terdiam seketika..hanya air mata yang mampu berkata-kata. Akhirnya dia pergi jua. Aku akur dengan pemergiannya. Ya ALLAH, KAU tempatkan pak cikku dalam golongan orang yang beriman.KAU ampuni segala dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Mungkin sudah ditakdirkan dia pergi dengan cara yang tidak disangka. Kesian Haikal, sesudah kehilangan mamanya,kini dia kehilangan papanya. Seorang anak kecil yang aku sendiri tidak pasti adakan dia mengerti makna itu semua.
Saat itu ingin sekali aku pulang untuk melihatnya buat kali terakhir. Masih terlekat memori terakhir aku bersama dia ..aku tidak menyangka pertemuan yang secara tiba-tiba di stesen bas pada 8 ogos lalu merupakan satu pertanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami semua. Aku ingat lagi kata-kata terakhirnya pada aku, "Hati-hati,jangan kehilangan beg disana nanti"
Paman, kata-kata yang atien luahkan ini ..tidak akan paman dengar..atien sedar.tapi yang mampu atien hadiahkan untuk paman hanyalah surah Yasin dan Al-Fatihah...Amin..


Sumber :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090907072744/Article/index_html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm



.::top up..jgn tak top up ::.

Kesibukan aku kebelakangan ini membataskan aku untuk mencoret kata2..rasa bagaikan dri ini macam robot..dengan tesis, asgment,program..arghhh..tensennya aku.ingin sekali aku melepaskan segala beban ini dengan berkata"cukuplah setakat ini perjuangan aku.."tapi aku sedar,sejauh mana boleh aku lari dengan masalah.ia tak akan membantu menyelesaikannya. Aku tak ingin jadi orang yang kalah sebelum berjuang..

.::Top up apa yg telah berlaku ::.

21,22, 23 Ogos 2009

- Aku bermalam di Sungai Siput untuk bersama BMW.
- Berpuasa + Bersahur bersama yang tercinta
- Alhamdulillah, sedikit sebanyak tekanan aku dapat dikurangkan


27 Ogos 2009

- Pergi ke Felda Gunung Besout 1 untuk mendapatkan konsultasi kali ke-dua bersama pengurus felda dan peneroka

- Mendapatkan cop pengesahan daripada En.Taquddin sebagai penyelia latihan ilmiah aku

28 Ogos 2009

- alhamdulillah,syukur pada Yang Maha ESA, kerana aku berjaya menghantar tesis aku
ke pusat penyelidikan (EPRD) di Putrajaya. Walaupun perjalanan yang seharusnya pendek menjadi panjang,namun aku gagahi jua..

- Sampai dirumah pada pukul 9.35 malam dan aku hanya mampu berehat untuk seketika disebabkan janji aku kepada Azril untuk membantu dia menjalankan program Bengkel fasilitator bersama warga KUO. Penat memang penat. Kelewatan berbuka puasa + cuaca yg yang tidak menentu ,panas + hujan = menyebabkan aku diserang gastrik dan sakit kepala yang teramat. Otak aku sememang sudah tahap "Burn Out"

29 hingga 30 Ogos 2009

- Aku berkampung di Kalumpang Resort dan Centre Training, Selangor untuk meneruskan program Bengkel fasilitator. Ketika itu aku bersyukur kerana dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan aku yang sememangnya tidak boleh dipertikaikan kehebatan mereka. Tahniah kepada Azril, Fashan, Zubar, Rahmat, Jihan, Nazri, Walaupun ketika itu aku merasakan hanya aku seorang sahaja serikandi, namun diorang ni xdelah membuli aku, tapi yang pasti ada gak r yang aku kena rangging kat diorang. N TQ pada Fashan, next time kebab lagi k..hehehe. Pengalaman kat sana sememangnya memberikan aku banyak input-input baru pada aku.

- 30 Ogos, aku hnya bersama mereka untuk seketika. Hanya tinggal Azril disana, aku dan yang lain-lain terpaksa pulang untuk urusan lain. Petang itu sebenarnya aku sudah mempunyai janji untuk bersama Cinta Hatiku. BMW aku datang menjemput ..Aku benar-benar rindunya. Love u so much dear..uummuuahhh. actly malam tu, aku bermalam di rumah mak ciknya di hulu bernam.

4- 5 September 2009

- 4 september, aku dgn zahidah bertolak ke felda besout 1. Ketika itu, aku terpaksa menaiki bas akibat masalah pengangkutan dan kewangan. Pemergian aku pada kali iniuntuk menjalankan tugasan konsulatsi iaitu Program Ramadhan dari Tanjung KeGunung. Program ini sedikit sebanyak menguji kesabaran aku. Banyak masalah yangmendatang. Kekurangan bajet menyebabkan masalah semakin menimpa2..Saat itu, aku benar2 berserah pada DIA agar dapat memberikan aku kekuatan. Program ini aku lebih menumpulkan kepada khidmat bakti kepada penduduk berkaitan dengan kesihatan disamping menziarahi penduduk kampung . Aku sampai disana dalam pukul 1 ptg. Aku ingatkan masalah sudah selesai,rupanya tidak..aku akhirnya tekad berpatah balik ke tanjung malim. Keadaan kereta yang dipinjam kurang stabil namun aku beranikan diri..Alhamdulillah, akhirnya masalah kami berjaya diselesaikan walaupun saat itu waktu berbuka puasa sudah hampir tiba.

- 5 september, aku benar2 bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancarnya.malah sambutan yang diberi benar-benar tidak diduga. Program ini berjaya menziarahi 18 buah rumah dan berjaya mengumpul seramai seratus lebih peneroka yang kebanyakan warga emas untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

- Selesai berbuka puasa, aku meminta Cinta hatiku mengambil aku disini .TQ dear bcoz sanggup berkorban demiku..saya sayang awak.